Sunday, November 28, 2010

Masalah haid tidak teratur..

EMMMmmmm....

Actually akunya period mmg tidak teratur, rasanya sejak aku mula datang period lagi rasanya. mungkin tu masalah utama yang sebabkan aku masih tidak hamil lagi sehingga sekarang. bukan tidak mahu berubat, dah bermacam-macam cara aku buat untuk teraturkan periodku masih menemui jalan buntu. Allah mahu menduga aku dengan cara ni. aku redha..

Walaupun aku mempunyai masalah period tak teratur, aku tidak menjadikan itu alasan untuk menyerah kalah. aku masih lagi berusaha sedaya upaya ku. apa yang mampu aku lakukan akan aku lakukan untuk melahirkan zuriat benih cinta aku dan suamiku.... Aku yakin, period tidak teratur tidak semestinya aku tidak boleh mengandung. cuma masanya belum sampai...

dan aku teramat yakin.....

ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK BUAT DIRIKU...


                                                                                                                                         ......FAR'AIN....

No comments:

Post a Comment