Monday, November 29, 2010

Tanda Hamil Vs Tanda Period

Kenapa yerk aku meletakkan title seperti diatas?
Sama ke tanda period dengan tanda hamil?
Berbeza ke kedua-duanya??


Aku sendiri masih mencari jawapan untuk soalan ku itu.. pelik bukan bila kita merasakan kita hamil tapi sebenarnya kita tidak hamil dan pelik juga bukan kita merasa kita tidak hamil tapi sebenarnya kita hamil...


aku masih lagi cuba untuk memahami keadaan diri aku sekarang... Disebabkan apa yang aku alami sekarang agak complicated, aku mengandaikan aku diuji ALLAH dengan cara sebegini. Namun, tak bermakna aku tak ikhlas menerima ujian ini. aku redha kalau ini yang terbaik buat ku....

14 Sept 2010, period terakhir ku kunjung tiba. itu pun aku jangkakan disebabkan oleh ubat Duphaston. Sebabnya kitaran haid ku disaat itu baru 18 hari. emmm... xpelah, nak buat mcm mana kan. so, period ku berlangsung sehingga 13 hari.


Pada 17hb Oktober 2010, bermulalah tanda-tanda pelik yang aku alami sehingga sekarang. antara tanda yang nyata aku alami antaranya adalah :-
1. Sakit seakan senggugut sehinggakan memaksa aku terjaga malam. biasanya masa yang biasa terjadi waktu malam antaranya pukul 3-4 pagi. bukan juga bermakna siang ia tak terjadi tau.
2. Pening kepala sehinggakan rasa mau pitam. namun aku gagahi juga sedaya upaya kerana aku tidak melatih diriku makan ubat-ubatan penahan sakit ni.
3. Rasa mual dan loya-loya.
4. Breast berdenyut dan mengembang.
5. Lenguh-lenguh kaki walaupun aku tidak berjalan jauh

NAMUN....

Mungkin rezeki belum berpihak padaku, sehingga pena ini menari, aku masih lagi menunggu kedatangan cik P walaupun didalam hati teringin sangat yang muncul itu Puan P. Namun aku pasrah...
Setelah beberapa kali UPT dibuat masih menunjukkan negatif, dan USG pun tak menampakkan positif, maka aku mengambil keputusan untuk menamatkan segala-galanya.

Jesteru itu, aku memakan ubat turun darah supaya period ku kembali keluar agar aku dapat merencanakan misi baru. sehingga hari ini, sudah 5 hari aku makan ubat tersebut dan sekarang masa menunggu kedatangan cik P.

Kadangkala, kita mudah tertipu dengan tanda-tanda yang memunculkan dirinya disaat kita berharap kita hamil... Kerana itulah, kesabaran itu amat penting dalam kehidupan..





SESUNGGUHNYA, ALLAH MERENCANAKAN APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA..


                                                                                                                                          .....FAR'AIN.....

No comments:

Post a Comment