Tuesday, November 30, 2010

Durian Belanda.. Khasiat untuk yang ingin hamil

assalamualaikum w.b.t

syukur kehadrat ILAHI dengan limpah dan kurniaNYA dapat lg aku mencoretkan tinta di blogku pada pagi yang dingin ini...
Hari ini aku rasa ingin bercakap berkenaan buah-buahan tempatan yang banyak khasiatnya dari segi perubatan, (kalau dalam konteks aku sekarang sudah semestinya untuk memudahkan aku hamil.)

Mungkin ramai yang tak mengetahui khasiat dan kebaikan buah durian belanda ni, terutama untuk rawatan penyakit kanser dan yang inginkan zuriat..

bagi yang tak pernah tengok buah ni.. ni lah rupa bentuk buah durian belanda. semalam aku beli buah ni RM6 sekilo. beli 2 biji dapatlah RM9. kira okeylah sebabnya buah ni amat susah untuk di temui disini. tapi yang tak bestnya, kebanyakkannya dijual yang masih belum masak. so rasanya x sama sangatlah dengan yang masak di pohon. apapun kira okeylah kan dari tiada langsung kan. hehe

Khasiat DELIMA

“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99



Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.
Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.
Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.

Buah delima dapat dikembangbiakkan dengann stek, tunas akar, atau cangkok.Ada 3 macam buah delima yang dikenal masyarakat, yaitu delima merah, delima putih, dan delima ungu. sepanjang hidup aku, rasanya aku belum pernah makan buah delima ungu. ada ke? terasa juga nak mencuba... hihi

antara usaha yang aku amalkan sekarang untuk memudahkan aku hamil adalah dengan mengamalkan buah delima. khasiat buah delima ini bagus untuk sesiapa yang merancang hamil. semoga dengan berkat memakan buah dari memakan buah dari syurga ini, dapatlah aku mendengar berita gembira dalam masa terdekat. hihi



                                                                                                                                    .........FAR'AIN.....

Monday, November 29, 2010

Delay Period

Perkara yang amat merunsingkan aku sekarang...


kenapa period ku masih tak kunjung tiba. setelah hampir 3 bulan menunggu masih belum ada perkhabaran gembira mahupun tanda-tanda period akan memunculkan dirinya. aku jadi bingung.




Ya, memang betul period ku tak teratur tp rasanya tak pernah pulak ia buat hal sampai selewat ini. yang paling memeningkan aku dikala ini, kenpa saat periodku masih tak kunjung tiba, sakit kepala ku makin menjadi. tiap-tiap pagi bila bangun tidur mesti perutku sakit. ada penyakit ke aku ni...

YA ALLAH, Hanya padaMU ku berserah. KAU berikanlah aku petunjukMU YA ALLAH. Andainya aku tidak mengandung KAU berikanlah period ku keluar seperti biasa. Sengsaranya berada dalam situasi ini. bantulah hambaMU yang hina ini YA ALLAH....


Namun, apa pun ujianMU YA ALLAH, aku redha menerimanya.. kau berilah aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang..


                                                                                                                              ......FAR'AIN........

Tanda Hamil Vs Tanda Period

Kenapa yerk aku meletakkan title seperti diatas?
Sama ke tanda period dengan tanda hamil?
Berbeza ke kedua-duanya??


Aku sendiri masih mencari jawapan untuk soalan ku itu.. pelik bukan bila kita merasakan kita hamil tapi sebenarnya kita tidak hamil dan pelik juga bukan kita merasa kita tidak hamil tapi sebenarnya kita hamil...


aku masih lagi cuba untuk memahami keadaan diri aku sekarang... Disebabkan apa yang aku alami sekarang agak complicated, aku mengandaikan aku diuji ALLAH dengan cara sebegini. Namun, tak bermakna aku tak ikhlas menerima ujian ini. aku redha kalau ini yang terbaik buat ku....

14 Sept 2010, period terakhir ku kunjung tiba. itu pun aku jangkakan disebabkan oleh ubat Duphaston. Sebabnya kitaran haid ku disaat itu baru 18 hari. emmm... xpelah, nak buat mcm mana kan. so, period ku berlangsung sehingga 13 hari.


Pada 17hb Oktober 2010, bermulalah tanda-tanda pelik yang aku alami sehingga sekarang. antara tanda yang nyata aku alami antaranya adalah :-
1. Sakit seakan senggugut sehinggakan memaksa aku terjaga malam. biasanya masa yang biasa terjadi waktu malam antaranya pukul 3-4 pagi. bukan juga bermakna siang ia tak terjadi tau.
2. Pening kepala sehinggakan rasa mau pitam. namun aku gagahi juga sedaya upaya kerana aku tidak melatih diriku makan ubat-ubatan penahan sakit ni.
3. Rasa mual dan loya-loya.
4. Breast berdenyut dan mengembang.
5. Lenguh-lenguh kaki walaupun aku tidak berjalan jauh

NAMUN....

Mungkin rezeki belum berpihak padaku, sehingga pena ini menari, aku masih lagi menunggu kedatangan cik P walaupun didalam hati teringin sangat yang muncul itu Puan P. Namun aku pasrah...
Setelah beberapa kali UPT dibuat masih menunjukkan negatif, dan USG pun tak menampakkan positif, maka aku mengambil keputusan untuk menamatkan segala-galanya.

Jesteru itu, aku memakan ubat turun darah supaya period ku kembali keluar agar aku dapat merencanakan misi baru. sehingga hari ini, sudah 5 hari aku makan ubat tersebut dan sekarang masa menunggu kedatangan cik P.

Kadangkala, kita mudah tertipu dengan tanda-tanda yang memunculkan dirinya disaat kita berharap kita hamil... Kerana itulah, kesabaran itu amat penting dalam kehidupan..





SESUNGGUHNYA, ALLAH MERENCANAKAN APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA..


                                                                                                                                          .....FAR'AIN.....

Sunday, November 28, 2010

Hantaran Perkahwinan

hye kawan-kawan....
disini ingin aku selitkan beberapa hantaran perkahwinanku yang direka khas oleh PUAN AINI. terima kasih sis untuk pertolonganmu itu

----> Hantaranku pada sang suami

----> Hantaran buat diriku dari sang pria





Setakat hari ini yang itu sahaja sempat aku kongsikan..


                                                                                                                                  .......FAR'AIN......

Ikatan suci sebuah perkahwinan

PERKAHWINAN.....
Ikatan suci yang dibina diatas penyatuan dua hati, diserikan lagi jika mendapat restu ibu dan ayah....
Bila hati dah bertaut, perkahwinanlah yang akan menyatukan dua jiwa. susah senang dihadapi bersama. dulu sebelum kahwin, bila menangis sorang-sorang je...
bila dah berkahwinan, ada insan yang sudi menyapukan air mata ini... mendakap diriku seikhlas hati...





Hari yang x akan pernah aku lupakan sepanjang hidup ini... saat bergelar seorang isteri. Mulanya agak susah keluarga ku menerima kehadiran insan dihati ini. Namun, berkat kebaikan dan ketabahan sang suami memenangi hati ibu dan ayahku, perkahwinan kami direstui..

saat sang suami melafazkan janji sehidup semati, berjanji membimbingku dan membawa ke mahligai bahagia... disaat itu aku merasa sungguh terharu... impian yang disemai selama 4 tahun ketika itu berakhir dijinjang pelamin...


TERIMA KASIH ABANG KERANA MENYINTAIKU APA ADANYA...


Tanpa keluargaku siapalah aku... aku amat berterima kasih pada insan-insan ini kerana banyak membantuku disaat aku melangkah ke alam baru, alam rumah tangga... daku menyayangi kalian seikhlas hatiku....

---> bersama ibu dan adik beradik perempuan ku. si gadis bertudung hitam, berbaju putih hijau yang byk membantu menyediakan hantaran daku dan suami.. sis, thanks a lot... nanti ku uploadkan hantaran ciptaan kakakku ini.. =P




yang ni pulak abg dan abg iparku.. maklumlah keluarga besar. hehe... rasanya semua boleh agak yang mana satu ayahanda tercinta ku. ;)

Disini aku selitkan beberapa gambar untuk tontonan kawan-kawan...

---> amin.. semoga doa kalian membawa keberkatan dalam rumah tangga kami

----> bersama keluarga suami.. si budak tecit tu cucu sulong mertuaku.. sangat keletah orangnya...


                                                                                                                                    ........FAR'AIN.......

Masalah haid tidak teratur..

EMMMmmmm....

Actually akunya period mmg tidak teratur, rasanya sejak aku mula datang period lagi rasanya. mungkin tu masalah utama yang sebabkan aku masih tidak hamil lagi sehingga sekarang. bukan tidak mahu berubat, dah bermacam-macam cara aku buat untuk teraturkan periodku masih menemui jalan buntu. Allah mahu menduga aku dengan cara ni. aku redha..

Walaupun aku mempunyai masalah period tak teratur, aku tidak menjadikan itu alasan untuk menyerah kalah. aku masih lagi berusaha sedaya upaya ku. apa yang mampu aku lakukan akan aku lakukan untuk melahirkan zuriat benih cinta aku dan suamiku.... Aku yakin, period tidak teratur tidak semestinya aku tidak boleh mengandung. cuma masanya belum sampai...

dan aku teramat yakin.....

ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK BUAT DIRIKU...


                                                                                                                                         ......FAR'AIN....

bila pena mula menari

assalamualaikum w.b.t

ini tulisanku yang pertama sebagai seorang yang baru berjinak-jinak dalam blogging..
Meniti sebuah kehidupan ini bukan semudah yang disangka. terutama bila sudah bergelar seorang isteri...
Dugaannya lebih mencabar jika dibanding sewaktu bercinta...
Perkahwinan Jarak Jauh bukan suatu perkara yang mudah untuk aku terima, namun disebabkan cinta dan kasihku pada sang suami. aku rela berkorban.
Pada 15  Jananuari depan genaplah setahun perkahwinanku dan genaplah jgk setahun aku dan suami menjadi weekend wife and husband...

Lumrah pasangan yang berkahwin... cahaya mata lah yang menjadi keutamaan.. dalam tempoh hampir setahun berkahwin ni aku merasa sedikit gusar bila masih belum mendapat khabar gembira untuk dikongsikan bersama suami. aku faham keadaan suamiku yang inginkan cahaya mata namun, aplah dayaku...
semua tu masih belum mampu aku tunaikan.. buat sang suami, maafkan adinda kerana belum mampu membahagiakanmu....




                                                                                                                                        ...... FAR'AIN....