Sunday, November 28, 2010

Ikatan suci sebuah perkahwinan

PERKAHWINAN.....
Ikatan suci yang dibina diatas penyatuan dua hati, diserikan lagi jika mendapat restu ibu dan ayah....
Bila hati dah bertaut, perkahwinanlah yang akan menyatukan dua jiwa. susah senang dihadapi bersama. dulu sebelum kahwin, bila menangis sorang-sorang je...
bila dah berkahwinan, ada insan yang sudi menyapukan air mata ini... mendakap diriku seikhlas hati...





Hari yang x akan pernah aku lupakan sepanjang hidup ini... saat bergelar seorang isteri. Mulanya agak susah keluarga ku menerima kehadiran insan dihati ini. Namun, berkat kebaikan dan ketabahan sang suami memenangi hati ibu dan ayahku, perkahwinan kami direstui..

saat sang suami melafazkan janji sehidup semati, berjanji membimbingku dan membawa ke mahligai bahagia... disaat itu aku merasa sungguh terharu... impian yang disemai selama 4 tahun ketika itu berakhir dijinjang pelamin...


TERIMA KASIH ABANG KERANA MENYINTAIKU APA ADANYA...


Tanpa keluargaku siapalah aku... aku amat berterima kasih pada insan-insan ini kerana banyak membantuku disaat aku melangkah ke alam baru, alam rumah tangga... daku menyayangi kalian seikhlas hatiku....

---> bersama ibu dan adik beradik perempuan ku. si gadis bertudung hitam, berbaju putih hijau yang byk membantu menyediakan hantaran daku dan suami.. sis, thanks a lot... nanti ku uploadkan hantaran ciptaan kakakku ini.. =P




yang ni pulak abg dan abg iparku.. maklumlah keluarga besar. hehe... rasanya semua boleh agak yang mana satu ayahanda tercinta ku. ;)

Disini aku selitkan beberapa gambar untuk tontonan kawan-kawan...

---> amin.. semoga doa kalian membawa keberkatan dalam rumah tangga kami

----> bersama keluarga suami.. si budak tecit tu cucu sulong mertuaku.. sangat keletah orangnya...


                                                                                                                                    ........FAR'AIN.......

No comments:

Post a Comment